dan salam satu malaysia....
subhanallah....alhamdulillah.......Allah hu akbar.....
hait korangs! pernah makan tak spaghetti bolognese? pernah? wah... pernah buat tak? tak? jom tengok! *eh, jawab sendiri*
ni yang aku n kakak buat.. sori pic tak jelas.,..=D |
senang aje caranya... ini pun maksu aku bagi... thanks maksu! <3 u...huhu.... aku dah berapa kali buat jugaklah dengan kakak aku... so, ia menjadi... =D, jom tengok!
CSI>Spaghetti Bolognese
Bahan-bahan
*spaghetti (sepeket)
*500 gram daging lembu cincang
*200 ml susu cair
*1 labu bawang besar kuning - cincang halus
*1 ulas bawang putih - cincang halus
*1 tin sedang puri tomato
*4-5 tomato - didadu
*1 batang karot - potong dadu
*2 batang saderi - potong dadu kecil
*1 tin cendawan butang - dihiris
*sedikit garam dan gula secukup rasa
*3 sudu besar ( pakai minyak masak biasa pon boleh)
*2 sudu besar butter
*setengah tin sos spaghetti prego/kimball
cara-cara
1. panaskan air dalam periuk besar, masukkan garam sikit, bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan letakkan butter atau minyak masak untuk spaghetti tidak melekat.
2. Sos Bolognese : gunakan periuk yang tinggi dan dalam, panaskan minyak dan masukkan butter dan kacau. bila ianya berbuih, masukkan bawang putih dan bawang besar. jangan bagi garing, cukup untuk bagi layu sahaja...
3. masukkan daging cincang dan ketuk-ketuk daging supaya daging hancur dan bentuk. goreng hingga daging perang.
4. masukkan semua sayuran (kecuali karot) dan goreng lagi hingga sayur lembut.
5. masukkan susu, kuatkan api hingga susu mendidih. bila susu diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. gunakan tin tomato puri tadi untuk sukat 2 tin air tambah ke dalam kuah. kacau sos sambil tekan-tekan tomato.
6. masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. rasa dan timbangkan sendiri masam, manis dan masin sos. gula tak perlu banyak.
8. biar mendidih lebih kurang 7 minit dan perlahankan api hingga api yang kecil. renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. boleh hidang dengan keju parmesan...
* tips : orang itali secara tradisi, merenih sos bolognese hingga 4 jam! tapi kalau nak jimat gas 2 jam pon boleh...
ok siap..
renih sos tu.. aku buat tak lama pon... dah lepas masak tu.. biar kejap.. pastu makan.. haha! takdenye aku nak tunggu sampai 4 jam gitu kau!...huhu
yang bahan-bahan tu, saderi tu taknak guna pon boleh sebab setakat ni, aku tak guna pon tapi jadik je? huhu,, cendawan pon sama... so, ikut koranglah nak taruk apa sebenarnya... tepuk dada tanya selera ok?
selamat mencuba!
takpelah....tata korang! like korang taw! huhu,,,
12 ORANG COMEL KOMEN DENGAN PENUH PERASAAN:
Rame amat ni blog. Yang punya cw kali. nih aku bales mampir
saya jadi follower awak...follow i jugak yer..thanks for the blog walking..
wah nampak macam sedap ja...nak cuba lah, tp x pandai buat...tolong masakkn utk sya boleh hehe ;)
ajib tuh kek'a,,
boleh kirim 1 porsi ke tempat ku,, ^^
tengah lapar nih.. nmpak cam sedap je walaupun x bape minat spagetti..
Wah.. Spaggetiiii...
Nice Blog ...
I don't understand Malay, so I had to translate the page. :P
That Spaghetti Bolognese looks good! Are you serious about cooking?
banyak banner bikin berat blognya...heheee...nice info..spaggetti, yummiiii.....slm dr indonesia
salam silaturahmi dari saya..
Om Canel (^.^)
#sinoku: I'm sorry... but i don't really understand what u say.... heeeee...=D
#sweetsunblaze: thanks.... ok..=D
#Mr. Hardy: hahha... senang je... nampak je banyak step...huhu... nnati saya masak saya pos... haha..
#orange.net: sorry... don't really understand....=D
#Shuhaida subri: sedap taw...cubalah...huhu
#sue: wah.. suka ye? heee
#nyonnyos: thanks ya...=D
#Beyond timid: oh..ya? hehe... for the time being.. im not so serious...hehe
#Donny: oh really? nanti saya check balik...heee..thanks
#Om canel: salam silaturahim dari saya juga....=D
#F@R@H_F@R!!eN: hum? eh, spaghetti ni rasanya tak masam...don't worry.... bubuh je tomato puri tu... ok? sebab penting jugaklah tomato puri... don't worry, ianya tak masam...=D
Post a Comment