dan salam satu malaysia... subhanallah...alhamdulillah.....Allah hu akbar..
20.01.2012 lalu.... atok ku (nenek sebelah abah) telah pun dijemput oleh Allah pada hari jumaat.... memang tak diduga....minggu sebelum itu aku dengan familiy pergi melawat arwah kat hospital.. tak sangka pulak yang minggu depan tu arwah sudah hembuskan nafas yang terakhir...
masih segar dalam ingatan aku, aku tolong suap bubur dekat atok.. aku cakap dengan dia... aku tanya khabar dia... aku duduk sebelah dia... aku sendiri yang suap tok... suap bubur yang makteh aku buat... tangan aku yang suap... mulut aku yang tiup bubur tu untuk jadi sejuk sikit,... mata aku yang tengok tok... tok...
malam jumaat tu, maghrib, abah aku dapat berita yang tok aku telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.. dan malam tu jugaklah kitorang balik selepas tunggu abang aku baru balik dari kolej.. abang aku tu tak sempat nak duduk lagi kat rumah sebab dia sampai-sampai je, terus naik kereta..then gerak kampung...
dalam pukul 6.00 pagi lebih...kami selamat sampai di kampung.. aku masuk je.. nampak jasad arwah yang terbaring kaku... diselimut kain putih... aku sebak,.. tak dapat menahan hiba di dada.. air mata mula jatuh... aku pun tak sangka yang aku akan menangis teresak -esak di sebelah tok.. aku pernah dengar yang tak elok menangis dekat jenazah... tapi aku tak dapat menahannya lagi...
aku panggil tok... tok...syifaa dah balik..kenapa tok tak senyum? kenapa tak cakap dengan syifaa? walaupun aku sedar yang arwah tak kan dapat menjawab soalan aku... aku tahu.. "tok, syifaa dah balik"... ayat tu hanya tinggal kenangan sekarang.. aku selalu cakap ayat tu kat tok, tapi sekarang..tak boleh dah... walaupun aku rasa aku takdelah rapat dengan tok.. tapi entah kenapa... saat itu..aku rasa dekat dengan tok...
pada tahun punya tahun lepas ( 2 tahun lepaslah) ATOK KU (nenek, sebelah mama) telah meninggal dunia..pada hari raya haji.. subuh... pun putih bersih jasadnya... dan tidak mengundang masalah...masyaAllah,....ok, back
esoknya tok dimandikan...aku sendiri melihat.. tok kaku... tapi tok putih bersih.. elok je...takde sebarang cela atau bau yang tidak diingini.. tok nampak tenang.. sementara yang lain yang terlibat sedang memandikan tok.. di saat memandikan tubuh tok yang putih bersih itu..salah seorang makcik yang terlibat bersuara,
" kita kalau kat dunia ni jangan mengumpat...tengok jenazah ni..putih bersih je.. ini pengajaran untuk kita semua.." *aku rasa macam ni lah ayat dia..*
hum..pengajaran untuk kita disini.. ok, selepas itu... tok pun telah selamat dikebumikan.. apa yang dibacakan selepas selesai kebumikan tu..benar-benar buat aku takut.. korang pernah dengar tak? kalau dengar, baguslah..kalau belum...ce try dengar..mesti meremang bulu roma.. kita kat dunia ni sementara je.. sementara sangat.. bila kita kat kubur..automatik kita terputus dengan duniawi.....
aku bukan nak ceramah..jujurnya aku masih banyak kekurangan.. aku cuma nak kongsi..apa yang tejadi pada aku..dan pengajaran yang kita boleh dapat.. nama pun sekadar coretan untuk perkongsian..kan?
so, kalau yang baca ni beragama islam...dan kalau tak keberatan.. marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.....
# Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
amin ya rabbal a'lamin..
sumber : al-quran
terima kasih.... =)
takpelah..tata korang! sayang korang taw! huhu,,
0 ORANG COMEL KOMEN DENGAN PENUH PERASAAN:
Post a Comment