assalamualaikum..helow! ttoootttoootttt!!!!
meh sini mau share sedikit pengetahuan yang boleh diamalkan oleh kita semua...=)
Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1- Sebelum khatam Al-Quran,
2- Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3-Sebelum para muslim meredai kamu,
4- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
"Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al-Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Bacalah selawat untukku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat".
"Ampuni aku, ya Allah yang Maha Besar, ibu bapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
"Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."
kalau mampu...amalkanlah sekurang-kurangnya tiga kali.selepas tu, bacalah bismillahirahmanirahim, 21 kali. seterusnya, bacalah doa sebelum tidur. amalan Rasulullah, membaca surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. amalan surah Al-Mulk ini akan membuat kubur kita, tempat bersemadi menuggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. kita juga digalakkan mengamalkan surah Ayatul Kursi dan 4 kul semoga kita dijauhi daripada gangguan jin dan manusia sewaktu kita tidur.
*info ini diperoleh daripada dairi Muslimah tahun 2009...=)
aku sekadar ingin berkongsi ilmu...tak salah kalau kita berkongsi ilmu untuk kebaikan kita semua kan? aku bukannya mahu di 'label' sebagai ustazah...tetapi aku sendiri sedang mengingatkan diriku dan kita semua... =)
xpelah, tata korang! sayang korang taw!huhu,,,
0 ORANG COMEL KOMEN DENGAN PENUH PERASAAN:
Post a Comment